TOKOUNO MIKAKAMBAI

Ambaza...posikkou no!!! Sumuvab no. Ingkod kou no mongitung dot bai dang kondiri..aso dara karaatan nga baiko mad amu sumurut it bansa tokou rungus.
 
HomeHome  PortalPortal  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» health benefits of fish oil pills
Wed Aug 03, 2011 3:36 pm by Guest

» Unintentional Drug Overdose Symptoms
Wed Aug 03, 2011 11:57 am by Guest

» tramadol drug facts
Tue Aug 02, 2011 2:36 pm by Guest

» 3 fish oil
Mon Aug 01, 2011 10:36 pm by Guest

» online mobile casino
Mon Aug 01, 2011 8:44 pm by Guest

» increase backlink backlinks service
Mon Aug 01, 2011 5:01 pm by Guest

» x-Hack hack you
Mon Aug 01, 2011 7:28 am by Guest

» оперативная гинекология
Sun Jul 31, 2011 3:16 pm by Guest

» how to get fans on facebook page xs
Sun Jul 31, 2011 2:21 pm by Guest

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Forum
Affiliates
free forum
 



Share | 
 

 Kalu-kalu ong kiguna iti maklumat diti

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 23
Join date : 2008-11-13

PostSubject: Kalu-kalu ong kiguna iti maklumat diti   Thu Jan 01, 2009 8:16 pm

Belajar berbelanja ikut kemampuan pendapatan

Oleh Nassrul Hakim Md. Jani (Utusam Malaysia)

beberapa minggu lepas penulis dihubungi oleh seorang rakan yang sudah lama tidak berjumpa untuk meminjamkannya sedikit wang untuk membayar hutang 'along' dalam masa terdekat. Penulis tertanya-tanya, bagaimana seorang yang bergelar siswazah dan memegang jawatan sebagai eksekutif di syarikat swasta terkemuka boleh terlibat meminjam wang dengan along.

Sekiranya seorang eksekutif yang bergaji besar terperangkap dengan along, biasanya mereka sudah berbelanja terlalu berlebihan daripada kemampuan. Seseorang yang bergaji tetap biasanya mempunyai beberapa pilihan sekiranya memerlukan wang antaranya ialah pinjaman peribadi dan kad kredit.

Tetapi bagi mereka yang sudah terlalu banyak meminjam dan potongan gaji sedia ada terlalu tinggi maka mereka tidak diterima lagi untuk membuat pinjaman pada institusi-institusi kewangan yang sah. Biasanya institusi kewangan mensyaratkan mereka perlu mempunyai baki gaji tidak kurang daripada 40 peratus. Maka pada saat ini mungkin mereka akan mencari along.

Sebenarnya masalah berbelanja lebih daripada kemampuan adalah sesuatu yang membelenggu golongan pertengahan seperti golongan siswazah yang memegang jawatan sebagai eksekutif, pegawai tadbir, pensyarah dan jawatan yang setaraf dengannya.

Biasanya bagi golongan bawahan, mereka memahami situasi dan kemampuan sebenar dan tidak berbelanja lebih. Tetapi golongan pertengahan yang kerap berbelanja melebihi pendapatan.

Menurut kajian "Indeks Keutamaan Pembelian Pengguna" yang dijalankan oleh MasterCard Worldwide menunjukan sebahagian besar rakyat negara ini berbelanja lebih daripada pendapatan tahunan mereka untuk membeli produk yang bukan merupakan barangan keperluan asas. Laporan ini disiarkan Utusan Malaysia pada 17 November 2008 yang lepas.

Antara perbelanjaan terbesar yang dilakukan oleh seseorang individu ialah membeli kereta. Biasanya kereta yang menjadi pilihan golongan siswazah yang baru memasuki alam pekerjaan adalah kereta yang berharga dalam lingkungan RM45,000 hingga RM65,000. Kereta yang berada dalam lingkungan ini ialah seperti Perodua MyVI, Proton Wira, Proton Gen2, Proton Waja dan beberapa model lain.

Biasanya seseorang yang merancang untuk membeli kereta hanya mengira bayaran ansuran bulanan semata-mata tanpa mengambil kira pelbagai kos lain yang terlibat apabila mereka menggunakan kereta.

Contohnya, jika gaji mereka ialah sebanyak RM2,000, setelah ditolak semua perbelanjaan terdapat baki sebanyak RM700. Katakan bayaran ansuran bulanan bagi kereta yang ingin mereka beli ialah RM600. Maka dengan mudahnya mereka menganggap bahawa mereka mampu membeli kereta tersebut. Tanpa mereka memikirkan kos-kos lain yang datang sekali bersama dengan pembelian kereta tersebut.

Perkara yang paling kerap mereka terlepas pandang dan tidak dimasukan dalam perkiraan ialah kos yang tidak memerlukan mereka membayarnya secara tetap pada setiap bulan seperti insurans, cukai jalan, servis, penukaran tayar, tol, bayaran tempat letak kereta dan yang paling penting kos petrol.

Untuk menghuraikan perkara ini kita ambil satu situasi. Katakan seorang siswazah yang baru bekerja membeli sebuah kereta berharga RM55,000 dan membayar RM5,000 sebagai bayaran pendahuluan. Baki sebanyak RM50,000 akan dibiayai dengan pinjaman dari institusi kewangan.

Jika pembayaran dibuat selama 96 bulan atau pun lapan tahun dengan kadar faedah empat peratus setahun maka dia perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM690 sebulan. Berdasarkan contoh itu, kita andaikan kereta tersebut digunakan sejauh 20,000 km setahun. Maka ia perlu diservis sekurang-kurangnya empat kali.

Sekiranya purata kos sekali servis ialah sebanyak RM150 maka jumlahnya sebanyak RM600 setahun. Dalam kajian penulis, dengan harga petrol RM1.80 seliter, kos petrol bagi perjalanan sejauh 20,000 km ialah RM4,000 setahun iaitu 20 sen bagi setiap kilometer.

Kos untuk insurans dan cukai jalan ialah dalam lingkungan RM1,000 setahun. Katakan kos bayaran letak kereta purata RM2 sehari (sebenarnya jauh lebih tinggi) maka jumlah kos bayaran tempat letak kereta ialah sebanyak RM730 setahun.

Jumlah keseluruhan kos-kos tambahan yang kita kira ialah RM6,330 setahun. Jika dibahagikan dengan dua belas bulan maka jumlahnya ialah RM527 sebulan. Dan ditambah dengan bayaran ansuran bulanan kereta sebanyak RM687 maka jumlah kos sebulan bagi kereta ialah RM1,214 iaitu lebih separuh daripada jumlah gaji mereka.

Ini tidak termasuk kadar tol bagi mereka yang kerap melalui jalan bertol dan kos kerosakan kenderaan yang perlu dibaiki jika berlaku kerosakan luar jangka. Kos akan meningkat bagi mereka yang bekerja jauh dari kampung.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa seseorang yang baru mendapat pekerjaan sebagai eksekutif dengan gaji antara RM1,500 ke RM2,000 sebenarnya tidak mampu untuk menggunakan sebuah kereta hatta Proton Wira baru. Ini adalah realiti.

Kereta yang paling sesuai untuk mereka ialah kereta yang berada dalam lingkungan RM35,000 ke bawah. Malah jika mereka tidak mahu mengalami bajet yang terlalu ketat lebih baik mereka menggunakan motosikal berkuasa kecil.

Keadaan ini berlaku adalah kerana tuntutan persekitaran yang telah meletakan satu standard secara tidak langsung. Sesuatu yang menjadi kebiasaan orang sekeliling akan menjadi tekanan kepada orang lain untuk mengikutinya. Keadaan menjadi lebih teruk apabila berlaku situasi berlumba-lumba 'menunjuk' siapa lebih kaya.
Back to top Go down
View user profile http://mikakambai.motionforum.net
 
Kalu-kalu ong kiguna iti maklumat diti
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
TOKOUNO MIKAKAMBAI :: Isu-ISu Tokou Didino :: Nokuro tu mosikim tokou banal?-
Jump to: